Nota Ringkas

STRES


KONSEP

Pengalaman guru terhadap emosi yang tidak diingini.
(Kyriacou, 2000)

Bebanan mental dan fizikal. Hal ini perlu ditangani kerana ianya melibatkan kesihatan mental individu.
(Soluf, 1999)

Satu penyakit yang menyerang fizikal dan mental. Kesihatan mental yang dimaksudkan ialah kebolehan mengekalkan hubungan yang harmoni dengan orang lain, kebolehan dalam mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan dan kebolehan untuk menyumbang khidmat masyarakat.
(Kementerian Malaysia: Kempen Cara Hidup Sihat, 2000)


JENIS-JENIS STRES
  • Here and Now
  • Stress Anticipitation
  • Stress Imaginatif
  • Stress Reaktif
  • Stress Negatif

PUNCA-PUNCA STRES
Menurut Dunham & Varma (1998)...
  • Mengajar murid yang kurang bermotivasi
  • Mengawal disiplin bilik darjah dan sekolah
  • Tekanan masa dan beban kerja
  • Menangani perubahan
  • Dinilai oleh pihak lain
  • Mempunyai kaitan kerja dengan rakan lain
  • Konsep kendiri dan status
  • Pihak pentadbiran dan pengurusan
  • Konflik peranan dan tidak jelas
  • Persekitaran kerja yang tidak kondusif

TANDA-TANDA DAN SIMPTOM STRES
  • Kognitif
    • masalah ingatan, kurang memberi tumpuan, membuat penilaian yang tidak tepat, kerap bimbang, berpandangan negatif
  • Emosional
    • tanda-tanda muram, cepat marah, tidak boleh relaks, rasa hendak menangis, rasa sunyi, murung atau sedih
  • Fizikal
    • sakit sendi, cirit-birit, sakit kepala, pening, sakit dada, masalah pencernaan, denyutan jantung pantas, ulser mulut, penurunan seks, kerap mendapat selsema
  • Tingkah Laku
    • makan lebih atau kurang, tidur terlalu banyak atau kurang, menyendiri, menangguh atau mengabaikan tanggungjawab, merokok, minum arak, mengambil dadah, resah, menggigit kuku, mundar-mandir

KESAN STRES
Jika stres berpanjangan, kemungkinan besar kes kronik seperti tekanan darah akan meningkat. Risiko lain ialah strok, serangan jantung, masalah tidak dapat tidur, bimbang dan murung. Tahap stres adalah berbeza mengikut individu tertentu.


LANGKAH MENANGANI STRES
  1. Guru perlu belajar mengatakan tidak dalam kehidupan peribadi atau profesional.
  2. Mengelakkan diri daripada individu yang menyebabkan stres.
  3. Kongsi masalah atau meluahkan dengan orang yang boleh dipercayai.
  4. Melibatkan diri dengan forum atau perbincangan.
  5. Banyakkan membaca.
  6. Teknik yoga dan pernafasan mendalam untuk meregangkan otot-otot.
  7. Mengelakkan diri mencapai tugas yang terlalu banyak dalam kehidupan seharian.

BURNOUT


KONSEP

Satu keadaan di mana berlakunya daya fizikal, emosi dan mental disebabkan oleh penglibatan jangka panjang dalam tekanan emosi.
(Pines & Aronson, 1988)

Ketandusan daya emosi, ketandusan daya fizikal, penurunan sikap dan perasaan kurang pencapaian dalam kerjaya.
(Greenberg & Baron, 1997)

Satu keadaan yang disebabkan oleh dipersonalisasi, keletihan dan suatu perasaan pencapaian yang semakin menurun.
(Schwab et al, 1986)


PUNCA-PUNCA BURNOUT
  • Hasil daripada tugas yang dibebankan oleh guru
  • Gaya hidup
  • Personaliti guru
  • Tekanan kerja
  • Kurang pengiktirafan atas tugas atau kerja yang baik


TANDA-TANDA DAN SIMPTOM BURNOUT
  • Fizikal
    • Rasa keletihan sepanjang masa, imuniti rendah, perubahan masa tidur dan pemakanan, sakit kepala, sakit belakang dan otot.
  • Emosi
    • Rasa kegagalan dan keraguan kendiri, kurang bermotivasi, tidak berupaya/bermaya, kurang berpuas hati, asingkan diri, imej negatif dan sinis.
  • Tingkah Laku
    • Mengundur diri dari tanggungjawab, asingkan diri daripada orang lain, menangguh tugas dan mengambil masa yang lama untuk siapkan, menggunakan bahan alkohol atau ubat untuk selesaikan masalah, mengalihkan kekecewaan kepada orang lain, mengabaikan tugas, datang bertugas lewat tetapi balik awal.


LANGKAH MENANGANI BURNOUT
  1. Latihan atau sesi pengenduran dilaksanakan untuk peserta meregangkan badan, membuat meditasi, membaca sesuatu yang memberikan inspirasi atau menulis jurnal.
  2. Bengkel pengurusan masa.
  3. Program pementoran untuk guru novis.
  4. Bengkel pengurusan stres.
  5. Aktiviti perkembangan profesional guru.
  6. Latihan rekreasi.
  7. Latihan pemakanan.


Sumber Rujukan:

No comments:

Post a Comment