Artikel
ini merupakan satu pendedahan berkaitan penderaan emosi kanak-kanak
oleh tingkahlaku guru dalam bilik dajah yang jarang dibincangkan dalam
kalayak umum. Artikel ini cuba menjelaskan definisi penderaan emosi oleh
guru dalam bilik darjah, yakni tingkahlaku atau respon dari guru yang
memberi kesan negatif terhadap murid-murid sehingga ada dalam kalangan
mereka yang kemurungan, menyembunyikan diri dari kawan-kawan sebaya
lain, tekanan dan mendiamkan diri sepanjang waktu.
Ini suatu kecederaan
emosi yang serius walaupun ramai yang tidak perasan guru juga mampu
memberi penderaan samada sengaja atau tidak terhadap para pelajar.
Pencabulan emosi tertumpu pada tiga perkara utama iaitu, fizikal, emosi
dan seksual. Berasaskan tiga komponen inilah ramai pengkaji membuat
definisi terhadap pencabulan emosi secara umum dan spesifik. Saya
berpandangan, ia merupakan satu titik mula untuk guru-guru memahami
konsep kaunseling dalam bilik darjah.
Jurnal
yang telah diambil oleh saya dalam membuat refleksi ini ialah dari
Journal Of Counseling And Development diterbitkan pada musim sejuk tahun
2008. Jurnal ini berjilid (Vol) ke-86 dan ia diambil dari sumber Proquest
Education Journal yang dilanggan oleh pihak Universiti Kebangsaan
Malaysia. Tajuk artikel jurnal ini ialah Emotional Abuse In Classroom:
Implication And Intervention For Counselor (Penderaan Emosi Dalam Bilik Darjah: Implikasi Dan Intervensi Untuk
Kaunselor). Artikel ini ditulis secara bersama oleh tiga panulis iaitu Adriana
G. Mceachern, dari Jabatan Kajian Pendidikan Dan Psikologi, Kolej
Pendidikan, Universiti Antarabangsa Florida. Penulis kedua pula ialah
Oyaziwo Aluede dari Jabatan Asasi Pendidikan Dan Pengurusan, Universiti
Ambrose Alli, Ekpoma, Nigeria dan penulis artikel yang ketiga pula ialah
Maureen C. Kenny dari Universiti Antarabangsa Florida, Universiti Park.
Satu
contoh kes yang boleh menjelaskan perihal maksud diatas yang dikemukan
dalam atikel ini ialah Sarah yang merupakan kanak-kanak sindrom down
yang berada dalam aliran perdana sepenuhnya. Kes ini di kendalikan oleh
seorang kaunselor bernama Jason. Disebabkan Sarah seorang kanak-kanak
sindrom, ia dilayan secara kasar oleh gurunya bila dia lambat menyiapkan
tugasan yang diberikan.
Nada
suara yang digunakan gurunya juga dikatakan terlalu jelas menunjukkan
tidak suka kepadanya dan kasar. Sarah dipaksa gurunya supaya menyiapkan
tugasan yang diberikan dan sekiranya tidak siap dia tidak boleh berehat.
Ini memberi tekanan kepada Sarah dalam mendepani tingkahlaku guru
sebegini. Akhirnya Sarah nekad untuk meluahkan kepada guru kaunselor
sekolahnya. Itulah seringkas mungkin yang dapat digambarkan perasaan
kanak-kanak bila tertekan.
Menurut Conle (1986), bahawa setiap peringkat darjah, pelajar-pelajar
pernah berpengalaman mengalami tekanan atau gangguan emosi dari
tingkahlaku guru dalam persekitaran bilik darjah. Kajian orang ramai
mendapati 50-60% pada sekurang-kurangnya sebuah
sekolah menyatakan berpengalaman mengalami masalah psikologi dan trauma (Hyman & Snook, 1999) dan serangan emosi ini berlaku disebabkan
oleh diskriminasi, interaksi lisan dan bukan lisan, grad pemarkahan
latihan, dan layanan tidak suka dari guru.
Artikel
ini telah membuktikan bahawasanya memang wujud pencabulan emosi
terhadap para pelajar oleh guru dalam bilik darjah. Cuma perkara ini
tidak dikaji dengan teliti kerana menjaga kredibiliti guru. Walau
bagaimanapun, tidak kesemua guru terlibat dalam pencabulan emosi para
pelajar tetapi ia sebahagian dari guru yang mungkin secara sengaja atau
tidak, dan samada perasan atau tidak melakukannya. Kajian terperinci
berkaitan perihal ini telah dilakukan di Negara lain selain Amarika
Syarikat.
Antara
tingkahlaku guru yang boleh menimbulkan masalah emosi kepada para
pelajar ialah, pertama tidak memahami, kedua diskriminasi, bias, dan
prejudis. Ketiga mendominasi dan mengawal. Keempat, intimidasi dan tidak
yakin pada pelajar. Kelima, emosi yang tidak membina. Keenam,
mengungkit yang lalu. Selain dari yang disebutkan tadi, menghina,
melebalkan pelajar, verbal put-down, melaung (menengking) kepada pelajar, kaedah yang tidak seseuai untuk mengawal bilik darjah,
membiarkan pelajar-pelajar lain untuk mengkeji pelajar lain (guru tidak
endah pun) dan menggunakan kerja rumah sebagai satu kaedah untuk
menghukum para pelajar.
Kesan
dari tindakan guru yang mencabul emosi para pelajar ialah akademik para
pelajar kemungkinan merosot. Ini disebabkan emosi para pelajar untuk
belajar mulai pudar dan tidak bermotivasi untuk berjaya dalam subjek
berkenaan, selain itu juga dapat dikatakan bahawa kesan para pelajar
akan berterusan hingga membawa kesan dalam pergaulan dengan masyarakat,
tingkahlaku yang dizahirkan dan juga emosi para pelajar semakin celaru.
Kesan ini terlalu serius sekiranya tidak ditangani dengan serius oleh
kaunselor.
Kesimpulanya
ialah pencabulan terhadap kanak-kanak dalam bilik darjah tidak boleh
dibiarkan terus. Kelak membawa kesan yang sangat negatif terhadap
perkembangan seseorang pelajar. Saya berkeyakinan "mendewakan guru"
atau "guru adalah sempurna" menjadikan perbezaan pendapat tidak boleh
berl;aku, sebab semua apa yang guru cakap adalah betul. Ini adalah
sindom bahaya,. walaupun kajian jurnal ini di sekolah, saya merasakan di
peringkat universiti juga turut berlaku. Biarkan mahasiswa membawa
pandangan, pensyarah mahupun guru perlu membimbing bukan mengugut bila
ada benda yang tidak dirasakan bertepatan dengan kehendak diri.
Kajian
lebih spesifik terhadap guru dan para pelajar perlu dilakukan. Ia
bertujuan untuk memberi kesedaran kepada kedua-dua pihak bahawa guru hari ini
bukan dilihat sebagai bebas dalam melakukan apa-apa sahaja dengan
sesuka hatinya tanpa melihat kesan yang bakal berlaku terhadap
persekitaranya. Selain itu, strategi psikologi dan kaunseling perlu
diberikan supaya mampu memberi penjelasan dan positif dalam persekitaran
membina ketika Proses Pembelajaran dan Pengajaran.
No comments:
Post a Comment