Perguruan adalah profesion yang amat terdedah dengan tekanan. Tekanan terhadap guru memang berkecenderungan untuk menyebabkan guru berada dalam keadaan murung, mengalami tekanan jiwa, kekecewaan dan kebimbangan. Guru yang gagal mengawal diri akibat tekanan akan memberi kesan kepada perhubungan guru dengan pelajar dan juga mutu pengajaran dan pembelajaran.Perkara ini seterusnya boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan juga profesion perguruan yang seterusnya akan membantutkan usaha mewujudkan sebuah masyarakat yang mampu membawa Malaysia ke tahap kecemerlangan dan kegemilangan mutu pendidikannya.
kredit |
Pada masa kini, seorang guru mempunyai cabaran yang lebih hebat berbanding ibu bapa dan golongan-golongan lain dalam meningkatkan mutu pendidikan. Prestasi murid yang merosot sentiasa dikaitkan dengan kualiti suasana pengajaran dan pembelajaran guru.
Tugas utama seorang guru ialah mendidik dan mengajar. Di samping itu, guru juga perlu menjalankan amanah dan tanggungjawab kepada pihak pengurusan. Dalam berurusan dengan banyak pihak, pastinya banyak perselisihan, percanggahan dan halangan yang akan dihadapi oleh guru. Sekiranya guru lemah dalam menguruskan dan menyelesaikan masalah harian serta menangani cabaran yang dihadapi, pasti guru akan mengalami tekanan emosi.
Perubahan pada sistem pendidikan yang menuntut banyak kerahan tenaga dan idea guru kini merupakan salah satu pendorong kepada tekanan emosi dalam kalangan guru. Namun, bergantung pada guru itu sendiri untuk mempersiapkan diri menghadapi cabaran-cabaran berkenaan.
Oleh yang demikian, tajuk ini akan dibincangkan bagi mencapai hasil pembelajaran yang telah digariskan, iaitu:
- Mengenal pasti tanda-tanda tekanan emosi yang dihadapi guru.
- Membincangkan kes-kes tekanan emosi dalam kalangan guru.
- Menghuraikan langkah-langkah untuk menangani dan mengurus tekanan emosi yang dihadapi oleh guru.
tekanan sungguh ni....adoiii...
ReplyDeletehehe...
ReplyDeletejgn tertekan wahai 'kami pelangi'
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete