KUALA LUMPUR: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi mengkaji beban
tugas guru yang kini terpaksa melakukan kerja berlebihan, termasuk
pentadbiran dan perkeranian hingga mengganggu tanggungjawab mendidik
pelajar.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata
berdasarkan aduan NUTP, selain tugas mengajar, ada guru terpaksa
mengendalikan aktiviti kokurikulum, bilik darjah, hal ehwal murid,
pentadbiran dan perkeranian serta beberapa kerja tambahan lain.
“NUTP turut membuat aduan yang guru terpaksa bekerja setiap Sabtu disebabkan terbabit dengan banyak aktiviti, sedangkan pekeliling yang dikeluarkan membenarkan guru bercuti pada Sabtu sebanyak dua kali setiap bulan.
“Jadi, kita akan teliti masalah itu kerana tidak mahu tugas hakiki guru, iaitu mendidik pelajar tidak terganggu disebabkan bebanan macam-macam tugas yang terpaksa dibuat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat antara Kementerian Pelajaran dengan NUTP di bangunan Parlimen, semalam.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, jawatankuasa itu akan
mengenal pasti punca masalah berkenaan dan mencari penanda aras yang
boleh diguna pakai bagi menyelesaikannya.
“Piawaian antarabangsa atau dari negara jiran yang tahap pendidikannya lebih tinggi boleh kita contohi,” katanya.
Muhyiddin berkata, kementerian menyedari tugas sebenar guru ialah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, bukannya melakukan tugas tertentu yang sepatutnya dilakukan kerani.
Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata, dasar baru kementerian yang menekankan aspek kokurikulum di sekolah mendapat maklum balas positif daripada NUTP yang menyatakan sokongan penuh terhadap usaha berkenaan.
“NUTP turut menyokong Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi meningkatkan jaringan pendidikan kepada rakyat. Kementerian akan cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik kepada guru dan rakyat,” katanya.

Sumber: Berita Harian Online
No comments:
Post a Comment