Tuesday 7 August 2012

Program I-Think : Satu Transformasi Pendidikan

KUALA LUMPUR – Transformasi kepada sistem pendidikan negara perlu dilaksanakan bagi melahirkan generasi muda yang mampu berfikir dan mempunyai kelebihan mengadaptasi ilmu bagi menghadapi cabaran pada masa akan datang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
Beliau berkata, corak pendidikan sebelum ini yang menekankan kepada hafalan perlu diubah dengan menekankan kepada kemahiran proses berfikir di kalangan pelajar agar mereka mampu menggunakan ilmu yang dipelajari untuk kepentingan diri mereka. 



“Kita perlu melakukan transformasi pendidikan yang mana intipatinya untuk menggalakkan pelajar berfikir kerana kita mahu melahirkan generasi yang mempunyai pemikiran yang kreatif, inovatif dan kritis, mampu menyelesaikan masalah, mempunyai fikiran bernas dan luar dari kotak.

“Ini kerana dunia sekarang sudah berubah, jadi keperluan kita untuk menyediakan generasi kini untuk menghadapi dunia akan datang yang pastinya berbeza daripada hari ini,” katanya ketika merasmikan Program I-Think di bangunan Parlimen di sini semalam.


Sumber : Kosmo! Online

No comments:

Post a Comment