Sunday 12 August 2012

Guru Mencabul Emosi Pelajar?

Artikel ini merupakan satu pendedahan berkaitan penderaan emosi kanak-kanak oleh tingkahlaku guru dalam bilik dajah yang jarang dibincangkan dalam kalayak umum. Artikel ini cuba menjelaskan definisi penderaan emosi oleh guru dalam bilik darjah, yakni tingkahlaku atau respon dari guru yang memberi kesan negatif terhadap murid-murid sehingga ada dalam kalangan mereka yang kemurungan, menyembunyikan diri dari kawan-kawan sebaya lain, tekanan dan mendiamkan diri sepanjang waktu.

Ini suatu kecederaan emosi yang serius walaupun ramai yang tidak perasan guru juga mampu memberi penderaan samada sengaja atau tidak terhadap para pelajar. Pencabulan emosi tertumpu pada tiga perkara utama iaitu, fizikal, emosi dan seksual. Berasaskan tiga komponen inilah ramai pengkaji membuat definisi terhadap pencabulan emosi secara umum dan spesifik. Saya berpandangan, ia merupakan satu titik mula untuk guru-guru memahami konsep kaunseling dalam bilik darjah.

Jurnal yang telah diambil oleh saya dalam membuat refleksi ini ialah dari Journal Of Counseling And Development diterbitkan pada musim sejuk tahun 2008. Jurnal ini berjilid (Vol) ke-86 dan ia diambil dari sumber Proquest Education Journal yang dilanggan oleh pihak Universiti Kebangsaan Malaysia. Tajuk artikel jurnal ini ialah Emotional Abuse In Classroom: Implication And Intervention For Counselor (Penderaan Emosi Dalam Bilik Darjah: Implikasi Dan Intervensi Untuk Kaunselor). Artikel ini ditulis secara bersama oleh tiga panulis iaitu Adriana G. Mceachern, dari Jabatan Kajian Pendidikan Dan Psikologi, Kolej Pendidikan, Universiti Antarabangsa Florida. Penulis kedua pula ialah Oyaziwo Aluede dari Jabatan Asasi Pendidikan Dan Pengurusan, Universiti Ambrose Alli, Ekpoma, Nigeria dan penulis artikel yang ketiga pula ialah Maureen C. Kenny dari Universiti Antarabangsa Florida, Universiti Park.

Satu contoh kes yang boleh menjelaskan perihal maksud diatas yang dikemukan dalam atikel ini ialah Sarah yang merupakan kanak-kanak sindrom down yang berada dalam aliran perdana sepenuhnya. Kes ini di kendalikan oleh seorang kaunselor bernama Jason. Disebabkan Sarah seorang kanak-kanak sindrom, ia dilayan secara kasar oleh gurunya bila dia lambat menyiapkan tugasan yang diberikan.

Nada suara yang digunakan gurunya juga dikatakan terlalu jelas menunjukkan tidak suka kepadanya dan kasar. Sarah dipaksa gurunya supaya menyiapkan tugasan yang diberikan dan sekiranya tidak siap dia tidak boleh berehat. Ini memberi tekanan kepada Sarah dalam mendepani tingkahlaku guru sebegini. Akhirnya Sarah nekad untuk meluahkan kepada guru kaunselor sekolahnya. Itulah seringkas mungkin yang dapat digambarkan perasaan kanak-kanak bila tertekan.

Menurut Conle (1986), bahawa setiap peringkat darjah, pelajar-pelajar pernah berpengalaman mengalami tekanan atau gangguan emosi dari tingkahlaku guru dalam persekitaran bilik darjah. Kajian orang ramai mendapati 50-60% pada sekurang-kurangnya sebuah sekolah menyatakan berpengalaman mengalami masalah psikologi dan trauma (Hyman & Snook, 1999) dan serangan emosi ini berlaku disebabkan oleh diskriminasi, interaksi lisan dan bukan lisan, grad pemarkahan latihan, dan layanan tidak suka dari guru.

Artikel ini telah membuktikan bahawasanya memang wujud pencabulan emosi terhadap para pelajar oleh guru dalam bilik darjah. Cuma perkara ini tidak dikaji dengan teliti kerana menjaga kredibiliti guru. Walau bagaimanapun, tidak kesemua guru terlibat dalam pencabulan emosi para pelajar tetapi ia sebahagian dari guru yang mungkin secara sengaja atau tidak, dan samada perasan atau tidak melakukannya. Kajian terperinci berkaitan perihal ini telah dilakukan di Negara lain selain Amarika Syarikat.

Antara tingkahlaku guru yang boleh menimbulkan masalah emosi kepada para pelajar ialah, pertama tidak memahami, kedua diskriminasi, bias, dan prejudis. Ketiga mendominasi dan mengawal. Keempat, intimidasi dan tidak yakin pada pelajar. Kelima, emosi yang tidak membina. Keenam, mengungkit yang lalu. Selain dari yang disebutkan tadi, menghina, melebalkan pelajar, verbal put-down, melaung (menengking) kepada pelajar, kaedah yang tidak seseuai untuk mengawal bilik darjah, membiarkan pelajar-pelajar lain untuk mengkeji pelajar lain (guru tidak endah pun) dan menggunakan kerja rumah sebagai satu kaedah untuk menghukum para pelajar.

Kesan dari tindakan guru yang mencabul emosi para pelajar ialah akademik para pelajar kemungkinan merosot. Ini disebabkan emosi para pelajar untuk belajar mulai pudar dan tidak bermotivasi untuk berjaya dalam subjek berkenaan, selain itu juga dapat dikatakan bahawa kesan para pelajar akan berterusan hingga membawa kesan dalam pergaulan dengan masyarakat, tingkahlaku yang dizahirkan dan juga emosi para pelajar semakin celaru. Kesan ini terlalu serius sekiranya tidak ditangani dengan serius oleh kaunselor.

Kesimpulanya ialah pencabulan terhadap kanak-kanak dalam bilik darjah tidak boleh dibiarkan terus. Kelak membawa kesan yang sangat negatif terhadap perkembangan seseorang pelajar. Saya berkeyakinan "mendewakan guru" atau "guru adalah sempurna" menjadikan perbezaan pendapat tidak boleh berl;aku, sebab semua apa yang guru cakap adalah betul. Ini adalah sindom bahaya,. walaupun kajian jurnal ini di sekolah, saya merasakan di peringkat universiti juga turut berlaku. Biarkan mahasiswa membawa pandangan, pensyarah mahupun guru perlu membimbing bukan mengugut bila ada benda yang tidak dirasakan bertepatan dengan kehendak diri.

Kajian lebih spesifik terhadap guru dan para pelajar perlu dilakukan. Ia bertujuan untuk memberi kesedaran kepada kedua-dua pihak bahawa guru hari ini bukan dilihat sebagai bebas dalam melakukan apa-apa sahaja dengan sesuka hatinya tanpa melihat kesan yang bakal berlaku terhadap persekitaranya. Selain itu, strategi psikologi dan kaunseling perlu diberikan supaya mampu memberi penjelasan dan positif dalam persekitaran membina ketika Proses Pembelajaran dan Pengajaran.

Friday 10 August 2012

Seksa Jadi Cikgu

KUALA LUMPUR: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi mengkaji beban tugas guru yang kini terpaksa melakukan kerja berlebihan, termasuk pentadbiran dan perkeranian hingga mengganggu tanggungjawab mendidik pelajar. 

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua dari kiri), bersalaman bersama Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan semasa Perjumpaan bersama NUTP di Parlimen di Kuala Lumpur, semalam. 
- Foto Bernama

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata berdasarkan aduan NUTP, selain tugas mengajar, ada guru terpaksa mengendalikan aktiviti kokurikulum, bilik darjah, hal ehwal murid, pentadbiran dan perkeranian serta beberapa kerja tambahan lain.

“NUTP turut membuat aduan yang guru terpaksa bekerja setiap Sabtu disebabkan terbabit dengan banyak aktiviti, sedangkan pekeliling yang dikeluarkan membenarkan guru bercuti pada Sabtu sebanyak dua kali setiap bulan.


“Jadi, kita akan teliti masalah itu kerana tidak mahu tugas hakiki guru, iaitu mendidik pelajar tidak terganggu disebabkan bebanan macam-macam tugas yang terpaksa dibuat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat antara Kementerian Pelajaran dengan NUTP di bangunan Parlimen, semalam.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, jawatankuasa itu akan mengenal pasti punca masalah berkenaan dan mencari penanda aras yang boleh diguna pakai bagi menyelesaikannya.
“Piawaian antarabangsa atau dari negara jiran yang tahap pendidikannya lebih tinggi boleh kita contohi,” katanya.

Muhyiddin berkata, kementerian menyedari tugas sebenar guru ialah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, bukannya melakukan tugas tertentu yang sepatutnya dilakukan kerani.


Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata, dasar baru kementerian yang menekankan aspek kokurikulum di sekolah mendapat maklum balas positif daripada NUTP yang menyatakan sokongan penuh terhadap usaha berkenaan.


“NUTP turut menyokong Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi meningkatkan jaringan pendidikan kepada rakyat. Kementerian akan cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik kepada guru dan rakyat,” katanya.


Tuesday 7 August 2012

Program I-Think : Satu Transformasi Pendidikan

KUALA LUMPUR – Transformasi kepada sistem pendidikan negara perlu dilaksanakan bagi melahirkan generasi muda yang mampu berfikir dan mempunyai kelebihan mengadaptasi ilmu bagi menghadapi cabaran pada masa akan datang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
Beliau berkata, corak pendidikan sebelum ini yang menekankan kepada hafalan perlu diubah dengan menekankan kepada kemahiran proses berfikir di kalangan pelajar agar mereka mampu menggunakan ilmu yang dipelajari untuk kepentingan diri mereka. 



“Kita perlu melakukan transformasi pendidikan yang mana intipatinya untuk menggalakkan pelajar berfikir kerana kita mahu melahirkan generasi yang mempunyai pemikiran yang kreatif, inovatif dan kritis, mampu menyelesaikan masalah, mempunyai fikiran bernas dan luar dari kotak.

“Ini kerana dunia sekarang sudah berubah, jadi keperluan kita untuk menyediakan generasi kini untuk menghadapi dunia akan datang yang pastinya berbeza daripada hari ini,” katanya ketika merasmikan Program I-Think di bangunan Parlimen di sini semalam.


Sumber : Kosmo! Online

I-Think Is Stress???


It's not I-Think is Stress

but...

'I think it's stress..!!'

hahaha...

Just for laugh!! 


p/s: me'releks'kan minda seketika. Namun, penuh makna yang tersirat.. ^___^ 

Tekanan Emosi Guru

Salam a'laik..

Dalam post sebelum ini telah membincangkan mengenai pengenalan kepada tekanan emosi guru. Secara umumnya, tekanan emosi guru terbahagi kepada dua, iaitu...

STRES

dan

BURNOUT

<click to enlarge>

Thinking maps di atas merujuk kepada perbezaan antara STRES dan BURNOUT secara umum. Kupasan mengenai stres dan burnout secara lebih mendalam dan terperinci akan dimasukkan dalam post-post yang akan datang.

Monday 6 August 2012

Pengenalan : Tekanan Emosi Guru


Perguruan adalah profesion yang amat terdedah dengan tekanan. Tekanan terhadap guru memang berkecenderungan untuk menyebabkan guru berada dalam keadaan murung, mengalami tekanan jiwa, kekecewaan dan kebimbangan. Guru yang gagal mengawal diri akibat tekanan akan memberi kesan kepada perhubungan guru dengan pelajar dan juga mutu pengajaran dan pembelajaran. 

Perkara ini seterusnya boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan juga profesion perguruan yang seterusnya akan membantutkan usaha mewujudkan sebuah masyarakat yang mampu membawa Malaysia ke tahap kecemerlangan dan kegemilangan mutu pendidikannya.



kredit

Pada masa kini, seorang guru mempunyai cabaran yang lebih hebat berbanding ibu bapa dan golongan-golongan lain dalam meningkatkan mutu pendidikan. Prestasi murid yang merosot sentiasa dikaitkan dengan kualiti suasana pengajaran dan pembelajaran guru.

Tugas utama seorang guru ialah mendidik dan mengajar. Di samping itu, guru juga perlu menjalankan amanah dan tanggungjawab kepada pihak pengurusan. Dalam berurusan dengan banyak pihak, pastinya banyak perselisihan, percanggahan dan halangan yang akan dihadapi oleh guru. Sekiranya guru lemah dalam menguruskan dan menyelesaikan masalah harian serta menangani cabaran yang dihadapi, pasti guru akan mengalami tekanan emosi.

Perubahan pada sistem pendidikan yang menuntut banyak kerahan tenaga dan idea guru kini merupakan salah satu pendorong kepada tekanan emosi dalam kalangan guru. Namun, bergantung pada guru itu sendiri untuk mempersiapkan diri menghadapi cabaran-cabaran berkenaan.

Oleh yang demikian, tajuk ini akan dibincangkan bagi mencapai hasil pembelajaran yang telah digariskan, iaitu:
  • Mengenal pasti tanda-tanda tekanan emosi yang dihadapi guru.
  • Membincangkan kes-kes tekanan emosi dalam kalangan guru.
  • Menghuraikan langkah-langkah untuk menangani dan mengurus tekanan emosi yang dihadapi oleh guru.

Friday 3 August 2012

Tugasan EDU 3109

Transformasi pendidikan seharusnya berterusan supaya sistem pendidikan negara sentiasa relevan dengan keperluan semasa. Justeru itu, dengan pelaksanaan pelbagai reformasi khususnya inovasi dan perubahan dalam pendidikan sudah pasti menjadikan peranan dan tanggungjawab guru menjadi lebih mencabar. Guru perlu melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang inovatif di samping berdepan dengan masalah tekanan emosi murid. Ini bermakna guru perlu terus belajar untuk melaksanakan tugas yang kompleks secara profesional..
 
Oleh yang demikian, guru pelatih diminta untuk melaksanakan satu kerja kursus yang merangkumi tugasan...
  1. Membuat satu refleksi analitikal yang berkaitan tekanan emosi dalam kalangan murid berdasarkan pengalaman di sekolah. Merangkumi jenis-jenis gangguan, punca-punca gangguan dan cara menangani masalah tersebut sebagai seorang guru.
  2. Menghasilkan blog memandangkan blog merupakan salah satu inovasi dalam pendidikan hari ini. Tajuk yang diperoleh setelah diundi dalam kelas ialah TEKANAN GURU: STRESS & BURN OUT.
  3. Menghasilkan nota melalui penggunaan perisian i-Think. Lapan nota melalui thingking maps perlu dihasilkan melalui tajuk yang telah ditetapkan dalam penghasilan blog. 

Moga tugasan yang diberikan ini mampu disiapkan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan. Dan diharapkan juga semoga tugasan ini mampu meningkatkan kemahiran kami sebagai seorang guru yang bakal berkhidmat pada tahun hadapan, insya-Allah..